
5 Tanda Tebing Tanah Anda Berisiko Runtuh. Jangan Tunggu Sampai Jadi Tragedi!
Bagi anda yang tinggal di kawasan berbukit atau mempunyai cerun di persekitaran rumah, pemantauan berkala adalah sangat kritikal. Tanah runtuh jarang berlaku tanpa amaran. Selalunya, alam akan memberi ‘signal’ awal melalui perubahan kecil pada struktur tanah dan persekitaran. Berikut adalah 5 tanda amaran yang anda wajib perhatikan:
1. Rekahan Tanah (Soil Cracks)
Lihat dengan teliti sekiranya terdapat rekahan kecil di atas atau di kaki cerun. Rekahan ini merupakan petanda jelas bahawa tanah di bawah cerun tersebut sudah mula bergerak atau mengalami tekanan (shear failure). Jangan biarkan ia melebar!
2. Pokok atau Tiang Condong
Ini adalah ‘alat pengukur’ semula jadi yang paling mudah. Pokok yang tiba-tiba condong secara tidak wajar atau tiang pagar yang senget menunjukkan bahawa lapisan tanah di bawah permukaan sudah mengalami pergerakan aktif (soil creep).
3. Air Keluar dari Cerun (Seepage)
Jika tiba-tiba muncul punca air, mata air, atau air mengalir keluar dari cerun yang sebelum ini kering, ini tanda sistem saliran dalam tanah anda sudah terganggu atau tepu. Tekanan air dalam tanah adalah punca utama tanah runtuh.
4. Tanah Mendap atau Terjatuh
Perhatikan kaki tebing anda. Sebarang mendapan kecil atau tanah yang ‘terjatuh’ di kaki tebing adalah signal awal bahawa struktur sokongan tanah anda sudah lemah dan tidak lagi mampu menampung beban di bahagian atas.
5. Dinding Penahan Retak/Perut
Jika anda sudah mempunyai dinding penahan (retaining wall), perhatikan rekahan menegak atau dinding yang mula ‘perut’ (membuncit). Dinding yang membuncit menandakan tekanan tanah sudah melampaui kemampuan dinding tersebut.
Risau dengan Keselamatan Tebing Anda?
Jangan ambil mudah. Pencegahan adalah jauh lebih murah dan selamat berbanding membaiki kerosakan selepas bencana. Hubungi pakar Tech Construction hari ini untuk sesi pemeriksaan tapak percuma!
